Tuesday 20 March 2012

GUASA


Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.
Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan.
Faedah Guasa:
  • Mudah dipelajari
  • Boleh dilakukan pada bila-bila masa
  • Tanpa sebarang kesan sampingan
  • Boleh dilakukan dengan berpakaian.
Terapi Guasa Telah Dilupakan
Akibat daripada pengenalan teknologi perubatan yang moden, kepentingan kebanyakan tradisi telah diabaikan oleh masyarakat yang moden. Guasa juga dianggap sebagai rawatan tradisi yang tidak bersaintifik oleh generasi yang muda dan lama kelamaan, ianya dilupakan.
Kebangkitan Terapi Guasa
Cara kehidupan komuniti masa kini adalah amat tertekan disebabkan kemajuan dan perkembangan ekonomi yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan. Kebanyakan daripada kita kekurangan masa untuk melakukan senaman dan ini mengakibatkan gangguan kepada sistem metabolisma badan. Keadaan ini akan mengundang kehadiran komplikasi dalam kesihatan seperti penyakit-penyakit kronik yang sukar dirawati dengan menggunakan teknik perubatan moden.
Lantaran itu, terapi guasa telah digunakan kerana ia didapati mempunyai kesan yang memberangsangkan terhadap masalah kesihatan kita. Teknik guasa juga disokong oleh teori-teori perubatan yang maju. Tambahan pula, alat untuk guasa masa kini telah diperbaharui dan amat bersesuaian untuk dijalankan sebagai kaedah terapi yang amat praktikal oleh masyarakat moden.
Apakah Itu Guasa
Senaman yang betul adalah baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia juga merangsangkan kadar metabolisma kita dan membantu melambatkan proses penuaan. Malangnya, oleh kerana faktor masa dan ruangan yang terhad, senaman yang berterusan semakin sukar dilaksanakan oleh kebanyakan kita. Sebaliknya, tarapi Guasa adalah satu teknik yang praktikal kerana ai boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Dengan hanya melakukanya selama beberapa minit setiap hari, ianya sudah cukup untuk memberikan kesanyang efektif terhadap kesihatan kita.
Kebaikan Guasa
  • Untuk meningkatkan metabolisma
  • Untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
  • Untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
  • Untuk menguatkan sistem pertahanan badan
  • Untuk menyerikan kulit dan tolong melambatkan proses penuaan
  • Untuk menguatkan proses penuaan
  • Untuk menguatkan badan
  • Untuk merawat penyakit
  • Untuk menunjukkan sumber penyakit
Alat-alat Yang Diperlukan Untuk Guasa


Minyak Aro Guasa: Minya guasa diperbuat daripada pati herba semulajadi yang dapat diserap dengan berkesan oleh kulit untuk membantu menggalakkan pengedaran darah.
Peringatan : Jangan menggunakan bahan-bahan kimia ataupun losyen yang lain untuk tarapi guasa. Hanya minyak guasa sesuai digunakan untuk memperoleh faedah yang maksimum.
Papan Guasa: Ia diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat yang penebat elektrik. Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba. Keberkesanan terapi guasa boleh ditingkatkan dengan menggunakan papan ini.
Peringatan:
Jangan rendamkan papan guasa di dalam air dan papan guasa perlu dikeringkan setelah di guna.
Alat urutan guasa yang di perbuat dari tanduk kerbau

Krim MOXA:

Formulasi Eksklusif yang mengbungkan 6 jenis minyak penting dengan 2 teknologi canggih:

Teknologi Adunan Halus Sinergistik
Adunan ramuan botani aktif halus memastikan kesan sinergistik maksimum
Teknologi Tisotrofi
Penyerapan pantas dan penembusan mendalam ramuan botani mencepatkan penghantaran tenaga penting dan ‘qi’ ke seluruh badan.

Kebaikan:
Anti-keradangan
Menyembuhkan kecederaan ringan, melegakan tekanan dan tisu rosak, serta meringankan kesakitan otot
Mengurangkan kesan kerosakan UV pada kulit, memperbaiki peredaran darah, dan meningkatkan metabolisme sel
Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa
  1. Selsema
  2. Buwasir
  3. Sembelit
  4. Sakit Kepala
  5. Insomnia
  6. Kelesuan
  7. Sakit Sendi
  8. SakitPinggang Yang Teruk
  9. Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
  10. Terseliuh
  11. Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
  12. Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
  13. Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
  14. Tekanan Darah Tinggi
  15. Sakit Semasa Haid
  16. Kelemahan Fungsi Fisiologi
  17. Kurangkan Lemak
  18. Kelemahan Badan
  19. Mengeluarkan Kahak
  20. Myopia
  21. Tersedu
  22. Sakit Perut
  23. Kurang Selera Makan
  24. Cirit Birit
  25. Mabuk Kereta
  26. Mabuk Arak
  27. Histeria
  28. Bahu Dan Belakang Yang Tegang
  29. Kekejangan Kaki Dan Abdomen
  30. Tekanan Darah Rendah
  31. Mata Yang Letih
  32. Pening
  33. Hidung Bengkak Dan Berair
  34. Hidung Berdarah
  35. Sakit Gigi
  36. Rasa Muntah Semasa Mengandung
  37. Kekurangan Penghasilan Susu
  38. Keradangan Pundi Kencing
  39. Kanak-kanak Yang Lemah
  40. Kencing Semasa Tidur
  41. Lelah
  42. Tumor
  43. Kaki Berbau Busuk.
papan Guasa juga bagus digunakan ketika:
  1. Lenguh2 selepas seharian berkerja
  2. lenguh2 ketika memandu untuk perjalanan yg jauh
Boleh disimpan didalam beg tangan, Kereta, Rumah utk kegunaan sekeluarga. Jangan Risau untuk menggunakan Papan Guasa, macam mana cara anda mengurut tidak akan mendatangkan sebarang mudarat ( seperti salah urat ).

No comments:

Post a Comment